Selasa, 17 Mac 2015

Adi Wijaya : Penulisan dan kewartawanan


Berdasarkan  cerita lisan nenek, Hajah Zabedah  bte Hj Shahid dan Datuk saya, Haji Iskandar bin Sawijan Ayah saya Adi Wijaya merupakan  'ulat buku'. Apa-apa sahaja bahan bacaan yang dilihat depan mata akan dicapai dan jadi bahan bacaannya. Pernah dalam perjalanan, waktu datuk memandu, kerana tidak dapat bahan bacaan Ayah membaca dengan terperinci undang-undang buku bank simpanan yang ada dalam kereta Ford Escort 1.3 cc bernombor flat JM 5659 milik datuk ketika itu. Tidak hairanlah jika Ayah memenangi Pertandingan Pembaca terbanyak anjuran Sekolah Menengah Parit Betak sebanyak tiga tahun berturut-turut dari tahun 1980 - 1982. Pertandingan tersebut dimulakan pada tahun 1980.

Dari semangat minat  membaca  akhirnya beliau muncul bakat dan minat menulis  dalam diri beliau. Bermula dengan fiksyen sains  berjudul : Pengalaman  ke Pantai Berangan yang diterbitkan pada 3 Januari 1980 oleh akhbar mingguan Utusan Pelajar keluaran Syarikat Utusan Melayu  beberapa karyanya mula menghiasi media cetak ketika itu. Pada era 70 an dan awal 80 an tidak banyak majalah dan akhbar diterbitkan berbanding hari ini. Selain masaalah kesulitan perhubungan, faktor ekonomi juga memainkan peranan utama. Dengan persaingan ketat dan kurangnya media percetakan, hanya mereka yang benar-benar layak dan berkebolehan sahaja diterima karyanya untuk diterbitkan pada zaman itu.

Walaupun baru berusia 14 tahun antara karya beliau yang terbit selepas itu adalah (sekadar mencatat sebahagian karya) :
- Puisi berjudul Hujan terbit di majalah Kolej keluaran Mac 1980
- Fiksyen Sains berjudul UFO terbit dalam Utusan Pelajar keluaran 4 Disember, 1980

- Cerpen sains bertajuk Malam indah bulan purnama, terbit di Utusan Pelajar pada 24 September 1981
- Cerpen berjudul Sebuah Surau Usang dalam majalah Dakwah keluaran Januari 1984.


Selepas zaman persekolahan beliau meneruskan penulisan dengan menyelusuri dunia kewartawanan di beberapa media cetak tanahair seperti

- Penulisan bercorak misteri di akhbar tabloid Mingguan Perdana yang terbit seminggu sekali.
- Penulisan kisah menarik masyarakat di Majalah Tempo, juga terbit seminggu sekali.
- Penulisan Kisah Misteri di akhbar mingguan Buletin Utama.
- Menjadi tetamu ruangan pojok Munakahat di Mingguan Perdana.
- Penulis bebas di Majalah Intisari dan wawancara dengan nama pena Raden Izdihar dan Raden Putera.
- Menganggotai Sidang Penulis Unit kajian & misteri di Majalah Bicara dengan nama pena Raden Adi dari tahun 2003.




Segala usaha  sedang di lakukan bagi menyiapkan halaman ini secepat mungkin.
Pihak pengarang dan srmua staff sokongan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul  dari kelewatan penerbitan laman web ini.
Sekiranya perlu membuat rujukan sementara waktu ini, Tuan / Puan dinasihatkan melawat laman sesawang di bawah :

Dunia misteri dan penulisan Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar:
http://ustazadiwijaya.blogspot.com/2015/03/ayah-ku-dunia-misteri-adi-wijaya.html

jejak tsunami di Aceh

menjejak krueng mayat

lokasi kediaman Adi Wijaya

sekolah tempat ustaz Adi Wijaya bertugas

lokasi perniagaan Tn hj Adi Wijaya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan