Selasa, 17 Mac 2015

Adi Wijaya : Tanggungjawab kemasyarakatan

Petikan gambar dari web : Dari Bengkalis ke Surabaya


- AJK Pengurusan Perpustakaan Parit Abdul Rahman,   
  Benut.
- Kelab Multimedia DUN Senggarang
- Setiausaha Badan Kebajikan Sekolah Agama Seri Bugis
- AJK JKKK Kg Belahan Tampok
- Pengerusi Biro Pendidikan JKKK Kg Belahan Tampok
- Setiausaha UMNO Cawangan Belahan Tampok.
- Setiausaha Peladang Unit Belahan Tampok.
- Ahli Lembaga Koperasi,  Koperasi Kariah Masjid Darul 
  Sakinah  Batu Pahat Berhad.



Segala usaha  sedang di lakukan bagi menyiapkan halaman ini secepat mungkin.
Pihak pengarang dan srmua staff sokongan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul  dari kelewatan penerbitan laman web ini.
Sekiranya perlu membuat rujukan sementara waktu ini, Tuan / Puan dinasihatkan melawat laman sesawang di bawah :

lokasi kediaman Adi Wijaya

sekolah tempat ustaz Adi Wijaya bertugas

lokasi perniagaan Tn hj Adi Wijaya

Sedutan kisah penulisan dan misteri Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar :
http://ustazadiwijaya.blogspot.com/2015/03/ayah-ku-dunia-misteri-adi-wijaya.html


Adi Wijaya : berkecimpong dalam dunia perniagaan

- Menganggotai  penubuhan CISMA Enterprise pada tahun 1994, sebuah syarikat dibawah Belia 4 B Cawangan Jkatan Setia Muhibbah.
 - Menyertai barisan staff ABIM Cawangan Rengit dalam penubuhan ABMM  Enterprise yang menjalankan perniagaan berasaskan komputer.
- Menubuhkan Multazimah Enterprise pada 1 Januari 1997 untuk menjalankan perniagaan membekal makanan ringan dan kuih-muih keluaran keluarga. Pendaftaran perniagaan dibuat dengan secara perkongsian bersama Puan Haslinda bte Dollah Humari. Nama Multazimah dipilih berasaskan nama anak perempuan tunggal dalam keluarga beliau ketika itu.


- Menubuhkan Wijaya Karya Enterprise pada tahun 2005 untuk menjayakan perusahaan membuat bebola daging lembu segar tempatan. Produk tersebut dipasarkan dengan jenama 'WijayA' dan dipasarkan secara komersial melalui warong 'bakso Medan' yang dibina di kampong Belahan Tampok. Setelah menduduki Barisan Ahli Lembaga Pengarah Bakso Medan beliau sering menjelajah ke kota-kota di Indonesia bagi mempelajari peroses pembuatan bakso yang berkualiti.





Adi Wijaya, Pengarah Urusan Bakso Medan berfoto di hadapan salah sebuah lokasi kursus membuat bakso di Pinggir Kota Jakarta.






Kegigihan beliau akhirnya mambuahkan hasil bila menu bakso yang asalnya tidak diketahui oleh penduduk setempat menjadi kegilaan ramai hingga menjadi ikutan peniaga-peniaga lain di kawasan Rengit dan Benut.








Segala usaha  sedang di lakukan bagi menyiapkan halaman ini secepat mungkin.
Pihak pengarang dan srmua staff sokongan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul  dari kelewatan penerbitan laman web ini.
Sekiranya perlu membuat rujukan sementara waktu ini, Tuan / Puan dinasihatkan melawat laman sesawang di bawah :

lokasi kediaman Adi Wijaya

sekolah tempat ustaz Adi Wijaya bertugas

lokasi perniagaan Tn hj Adi Wijaya

Dunia misteri Ustaz Adi Wijaya : http://ustazadiwijaya.blogspot.com/2015/03/ayah-ku-dunia-misteri-adi-wijaya.html




Adi Wijaya : Menceburi bidang Politik


Ayah menjadi ahli biasa UMNO  semenjak usia 20 tahun. Kerjaya sebagai Guru Agama dan menjadi penyebab beliau sentiasa menolak tawaran untuk aktif dalam politik pada zaman itu. Sebaliknya setelah Dato' Sri Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Mahathir beliau malah memasuki PAS dan menerima tawaran menjadi Ketua Pemuda PAS unit Belahan Tampok pada tahun 1988 hingga Tahun 2000.


Bulan Disember tahun 2000 beliau menerima pelawaan kembali memasuki UMNO dan bersetuju menggalas tugas sebagai setiausaha Cawangan. Ketua Pemuda UMNO Cawangan  ketika itua adalah Sdra' Abdul Halim bin Safuan. Pemilihan Tuan Hj Ismail bin Tamsir sebagai Ketua UMNO Cawangan selepas itu membuka lembaran baru bagi Ayah apabila beliau dilantik sebagai setiausaha UMNO Cawangan Belahan Tampok, Bahagian Batu Pahat. 

Tahun  2001 hingga 2006 : Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Belahan Tampok.
Tahun 2001 hingga sekarang : Setiausaha  UMNO Cawangan Belahan Tampok.
Tahun 2001 hingga 2007 : AJK Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat.
Tahun 2004 hingga  2009 : AJK UMNO Bahagian Batu Pahat.


Segala usaha  sedang di lakukan bagi menyiapkan halaman ini secepat mungkin.
Pihak pengarang dan srmua staff sokongan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul  dari kelewatan penerbitan laman web ini.
Sekiranya perlu membuat rujukan sementara waktu ini, Tuan / Puan dinasihatkan melawat laman sesawang di bawah :

lokasi kediaman Adi Wijaya

sekolah tempat ustaz Adi Wijaya bertugas

lokasi perniagaan Tn hj Adi Wijaya

Dunia penulisan dan misteri Ustaz Adi Wijaya : http://ustazadiwijaya.blogspot.com/2015/03/ayah-ku-dunia-misteri-adi-wijaya.html




Adi Wijaya : Penulisan dan kewartawanan


Berdasarkan  cerita lisan nenek, Hajah Zabedah  bte Hj Shahid dan Datuk saya, Haji Iskandar bin Sawijan Ayah saya Adi Wijaya merupakan  'ulat buku'. Apa-apa sahaja bahan bacaan yang dilihat depan mata akan dicapai dan jadi bahan bacaannya. Pernah dalam perjalanan, waktu datuk memandu, kerana tidak dapat bahan bacaan Ayah membaca dengan terperinci undang-undang buku bank simpanan yang ada dalam kereta Ford Escort 1.3 cc bernombor flat JM 5659 milik datuk ketika itu. Tidak hairanlah jika Ayah memenangi Pertandingan Pembaca terbanyak anjuran Sekolah Menengah Parit Betak sebanyak tiga tahun berturut-turut dari tahun 1980 - 1982. Pertandingan tersebut dimulakan pada tahun 1980.

Dari semangat minat  membaca  akhirnya beliau muncul bakat dan minat menulis  dalam diri beliau. Bermula dengan fiksyen sains  berjudul : Pengalaman  ke Pantai Berangan yang diterbitkan pada 3 Januari 1980 oleh akhbar mingguan Utusan Pelajar keluaran Syarikat Utusan Melayu  beberapa karyanya mula menghiasi media cetak ketika itu. Pada era 70 an dan awal 80 an tidak banyak majalah dan akhbar diterbitkan berbanding hari ini. Selain masaalah kesulitan perhubungan, faktor ekonomi juga memainkan peranan utama. Dengan persaingan ketat dan kurangnya media percetakan, hanya mereka yang benar-benar layak dan berkebolehan sahaja diterima karyanya untuk diterbitkan pada zaman itu.

Walaupun baru berusia 14 tahun antara karya beliau yang terbit selepas itu adalah (sekadar mencatat sebahagian karya) :
- Puisi berjudul Hujan terbit di majalah Kolej keluaran Mac 1980
- Fiksyen Sains berjudul UFO terbit dalam Utusan Pelajar keluaran 4 Disember, 1980

- Cerpen sains bertajuk Malam indah bulan purnama, terbit di Utusan Pelajar pada 24 September 1981
- Cerpen berjudul Sebuah Surau Usang dalam majalah Dakwah keluaran Januari 1984.


Selepas zaman persekolahan beliau meneruskan penulisan dengan menyelusuri dunia kewartawanan di beberapa media cetak tanahair seperti

- Penulisan bercorak misteri di akhbar tabloid Mingguan Perdana yang terbit seminggu sekali.
- Penulisan kisah menarik masyarakat di Majalah Tempo, juga terbit seminggu sekali.
- Penulisan Kisah Misteri di akhbar mingguan Buletin Utama.
- Menjadi tetamu ruangan pojok Munakahat di Mingguan Perdana.
- Penulis bebas di Majalah Intisari dan wawancara dengan nama pena Raden Izdihar dan Raden Putera.
- Menganggotai Sidang Penulis Unit kajian & misteri di Majalah Bicara dengan nama pena Raden Adi dari tahun 2003.




Segala usaha  sedang di lakukan bagi menyiapkan halaman ini secepat mungkin.
Pihak pengarang dan srmua staff sokongan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul  dari kelewatan penerbitan laman web ini.
Sekiranya perlu membuat rujukan sementara waktu ini, Tuan / Puan dinasihatkan melawat laman sesawang di bawah :

Dunia misteri dan penulisan Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar:
http://ustazadiwijaya.blogspot.com/2015/03/ayah-ku-dunia-misteri-adi-wijaya.html

jejak tsunami di Aceh

menjejak krueng mayat

lokasi kediaman Adi Wijaya

sekolah tempat ustaz Adi Wijaya bertugas

lokasi perniagaan Tn hj Adi Wijaya


Adi Wijaya : Pengalaman Kerja


1983  : Pembantu Produksi ZAL Talecom, Petaling Jaya, Selangor.
1986  : Menjadi guru sementara di bawah pentadbiran Ustaz Hj Rahmat bin Ahmad, Penyelia Sekolah Agama Bandar Pontian (Pagi)


1986  : ( November 1986 hingga Januari 1987) bekerja di D'Burn Sdn Bhd, Kuala Lumpur sebagai Pembantu Jualan dan promosi. Ketika firma ini beliau mempelajari teknik mengendali mesin pembersih (vacum cleaner) dari peringkat biasa, hampagas serta teknik pembersihan cara manual bangunan-bangunan persendirian dan pasaraya.





Ustaz Adi Wijaya bersama Pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor bahagian Pendidikan dalam satu majlis di Hotel Sri malaysia Johor Bahru.






1987  : Menerima tawaran ke jawatan Guru Agama Sandaran Sekolah Agama Negeri Johor dan mula menjawat tugas di Sekolah Agama Seri Sekawan Desa, Ayer Baloi, Pontian. Guru Besar ketika itu adalah Tn Hj Rahman bin Raki.
Sekolah-sekolah lain lokasi beliau bertugas selepas itu :    
          - Sekolah Agama Permatang Duku, Benut, Pontian di bawah Guru Besar Tn Hj Ishak bin Sariff.
          - Sekolah Agama Permatang Sepam, Benut Pontian di bawah pentadbiran Tn Hj Sadek Daeng Malasah dan Ustaz Hj Sukiman bin Hj Sarijan.
          - Sekolah Agama Seri Senang Hati, Benut, Pontian 
           ( di sekolah ini beliau mula menjawat Guru Besar)
          - Sekolah Agama Benut, Pontian, Johor.
          - Sekolah Agama Sanglang, Ayer Baloi Pontian.
          - Sekolah Agama Seri Anom, Sanglang, Pontian.
          - Sekolah Agama Seri Kembar, Sanglang, Pontian.
          - Sekolah Agama Seri Bugis, Benut, Pontian. 
          - Sekolah Agama Sanglang, Pontian.





Sebahagian dari pelajar Sekolah Agama Seri Bugis yang menjadi anak murid Ustaz Adi Wijaya.








Segala usaha  sedang di lakukan bagi menyiapkan halaman ini secepat mungkin.
Pihak pengarang dan srmua staff sokongan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul  dari kelewatan penerbitan laman web ini.
Sekiranya perlu membuat rujukan sementara waktu ini, Tuan / Puan dinasihatkan melawat laman sesawang di bawah :

lokasi kediaman Adi Wijaya

sekolah tempat ustaz Adi Wijaya bertugas

lokasi perniagaan Tn hj Adi Wijaya

Dunia dpenulisan dan misteri Ustaz Adi Wijaya : http://ustazadiwijaya.blogspot.com/2015/03/ayah-ku-dunia-misteri-adi-wijaya.html



ADI WIJAYA : PERSEKOLAHAN DAN PENDIDIKAN

Sejarah persekolahan Ayah ku bermula  di Taman bimbingan kanak-kanak @ TABIKA ( sekarang TADIKA) yang terletak di bangunan Balai  Raya kampong Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat. Guru yang mengajar beliau ketika itu ialah Cikgu Norali dan  Cikgu Embong.

1972                : Sekolah  Kebangsaan Seri Ladang B, Rengit, Batu Pahat.
1973 - 1977     : Sekolah Kebangsaan Seri Merlong, Rengit, Batu Pahat.
1978 - 1982     : Sekolah Menengah Parit Betak, Benut, Pontian.
1984 -  1985    : Sekolah Arab Bugisiah Tampok, Benut, Pontian.
1985 -  1986    : Sekolah Menengah Arab Bandar Pontian (Sekarang Maahad Pontian)
1990                : SPACE, UTM Skudai.
1993 - 1995    : Institut Pengajian Islam (IPI), Sungai Ramal Dalam, Selangor.



Antara rakan persekolahan Ayah,
Dari kiri : 
- En Abdul Hamid, Sekarang tinggal di Parit Karimon Benut.

- Ayah ku (usia ketika itu 16 tahun)

- En Mazlan bin Mohamad Sekarang bertugas sebagai pegawai keselamatan di Pasir Gudang, Johor.

- Ustaz Khairudin bin Bariman, bertugs di Lembaga Peperiksaan JAIJ, Negeri Johor.

Perinsip menuntut ilmu bagi ayahku bukanlah setakat dibangku sekolah. Sijil dan ijazah juga bukan satu kepentingan bagi beliau. Ayahku turut menjadi murid kepada guru-guru  berikut
 ( catatan dibuat berdasarkan kajian / rujukan pada Arwah Yaii, Nyaii, ibu serta Umi) :


Dato' Kiyai Shamsuddin bin Haji Redzuan, di Kampung Parit Medan, Kundang Ulu, Muar.




Kiyai Haji Suhaili bin Solihen, Kampong Seri Merlong, Rengit, Batu Pahat.


Ustaz Haji Abdul Hamid bin Yassin, Kg Seri Merlong
Ustaz Haji Muhamad Amin, Pekan Tampok, Benut, Pontian Johor
Ustaz Haji Apandi bin Haji Tahir, Parit Sapran, Pontian
Cikgu Haron Pekan Semerah, Muar
Kiyai Haji Khidir Buana Sukabumi, Pulau Jawa
Ustaz Ari Priya, Bekasi, Jawa Barat.
Ustaz KH Ali, Wilayah Adipala, Cilacap yang juga dikenali dengan gelaran Embah Ali. Embah Ali merupakan guru Syariat dan kebatinan pada Alahyarham dua mantan presiden Indonesia, Sukarno dan Suharto. Ketika Ayah berguru dengannya,  Embah  Ali sudah berusia 101 tahun.




Dunia misteri berkaitan Ustaz Adi Wijaya saya tulis dalam blog ini:
http://ustazadiwijaya.blogspot.com/2015/03/ayah-ku-dunia-misteri-adi-wijaya.html