- Pelajar pertama Sekolah Menengah Parit Betak, Benut Pontian dan penduduk kampong Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat menulis di Utusan Pelajar dalam usia 14 tahun.
(rujukan : Cerpen Sains Utusan Pelajar / 3 Januari 1980 )
- Pelajar pertama Sekolah Menengah Parit Betak, Benut, Pontian dan penduduk kampong Belahan Tampok diterima menjadi Ahli Kelab Sains Utusan Pelajar dengan kod AKS 66
( rujukan Utusan Pelajar AKS 66 / Januari 1981 )
- Penduduk kampong Belahan Tampok dan Guru Agama daerah Pontian pertama mempunyai peti surat khusus Pejabat Pos dengan alamat P-O-Box no 21, 82200 Benut. Ketika itu perkhidmatan posmen belum sampai ke rumah-rumah di kawasan kampong. Permohonan beliau diluluskan pada 12 Jun 1998
( rujuk Pejabat Pos Benut : R03-27564 01-2900 026 01)
- Penduduk kampong Belahan Tampok pertama memiliki internet dalam kampong mengguna khidmat TM Net pada Oktober 1998. Bil pertama berdasarkan jam/bulan ketika itu berjumlah RM 20.53
( Rujuk Telekom Malaysia Berhad : 491-01-99-01895-08)
- Penduduk kampong Belahan Tampok pertama menulis di majalah Dakwah terbitan Yayasan Dakwah Islamiah
( rujuk : Dakwah / YADIM / Januari 1984 )
- Penduduk kampong Belahan Tampok pertama membuka gerai menjual bakso dengan jenama 'bakso Medan' dan resepi air batu campur resepi asal Indonesia berjenama 'es tebak' dikampong Belahan Tampok, daerah Batu Pahat.
- Ushawan bumiputera pertama dari daerah Batu Pahat memohon bantuan IKS dari kategori sejuk beku pembuatan bebola daging di bawah bimbingan Jabatan Vaterinar (permohonan Januari 2005).
- Ushawan bumiputera pertama dari daerah Batu Pahat mendapat kelulusan bantuan di bawah kategori Program Produktiviti Negara makanan berasaskan ternakan anjuran Jabatan Pertanian 2005.
Menerima tawaran kursus literasi ICT dari YB M Asojan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor.
- Penduduk kampong Belahan Tampok pertama menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat (dari 2001 - 2008) dibawah YB Hj Jaafar bin Hasim.
- Penduduk kampong Belahan Tampok pertama menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Pahat (dari 2004 - 2010) dibawah YB Dr Hj Fuad bin Zarkashi.
- Penduduk kampong Belahan Tampok dan Guru Agama daerah Pontian pertama menerima amanah menyelia sebahagian urusan pembinaan rumah anak yatim Johor di luar negara (Nangroe Aceh Darussalam, Indonesia). ( rujuk surat : (95)JPMMDU/N/SENGGARANG 05)
Foto di hadapan masjid Dubai, Phnom Penh sewaktu mengikuti delegasi Malaysia ke Kampuchea membincangkan isu tenaga kerja warga Kemboja muslim ke Malaysia.
- Penduduk kampong Belahan Tampok dan Guru Agama daerah Pontian pertama menerima amanah membincangkan isu membekal tenaga kerja pembantu rumah ke Malaysia dengan mengikuti delegasi Malaysia ke Negara Kampuchea. Sebelum itu majoriti penduduk negara ini meletakkan Indonesia sebagai pembekal utama tenaga kerja pembantu rumah.
- Penduduk kampong Belahan Tampokdan Guru Agama Kerajaan Johor pertama menjadi Pengerusi Unit Multimedia JPMM DUN Senggarang ( 2008 - 2013). Waktu itu DUN Senggarang dibawah kelolaan YB Hj Jaafar Hashim.
- Penduduk kampong Belahan Tampok dan Guru Agama Kerajaan Johor pertama dapat menerbitkan VCD dokumentari berkaitan negara luar dengan tajuk Aceh Selayang Pandang dengan dibantu guru-guru pusat sumber Sekolah Agama Benut. Sebahagian petikan video beliau telah diterbitkan dalam jaringan youtube
(rujuk youtube : https://youtu.be/jBuQaixHMxM )
- Penduduk kampong Belahan Tampok dan guru agama daerah Pontian pertama mempunyai channel youtube sendiri dengan nama cikguadi channel dan klip video pertama berjudul "krueng mayat" terbit pada 10 Disember 2008 ( rujuk youtube : https://youtu.be/sVFUWPmvZ9I ).
- Guru Besar Sekolah Agama Pertama dalam daerah Pontian menduduki Sekolah mempunyai dewan berhawa dingin di negeri Johor.
- Guru Besar pertama dirasmikan sekolahnya dalam lawatan kerja Menteri Besar Johor ke Daerah Pontian : 10 April, 2017.
Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/johor/tak-perlu-lagi-menumpang-1.659631
Paparan ini saya kemukakan berdasarkan dokumentasi, kenyataan lisan dan temubual saya pada pihak-pihak yang berkenaan. Sekiranya terdapat fakta yang tidak menepati saya memohon kerjasama para pembaca yang mempunyai maklumat tepat beserta dokumentasi yang menyokong fakta untuk membantu saya memperbetulkan maklumat dengan menghubungi e-mail saya : iffahmultazimah @ gmail . com
Sekiranya perlu membuat rujukan lain berhubung Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar, Tuan / Puan
dinasihatkan melawat laman sesawang di bawah :
lokasi kediaman Adi Wijaya
sekolah tempat ustaz Adi Wijaya bertugas
lokasi perniagaan Tn Hj Adi Wijaya
Dunia dpenulisan dan misteri Ustaz Adi Wijaya : http://ustazadiwijaya.blogspot.com/2015/03/ayah-ku-dunia-misteri-adi-wijaya.html